Tuesday 19 February 2019

PENGAUDITAN DALAMAN EKSA BIL .1/2019 ZON ABDUL RAHMAN BIN AUF JKSTR


Pengauditan Dalaman EKSA bil 1/2019 bagi Zon Abdul Rahman bin Auf telah dijalankan pada 19 Febuari 2019 jam 12.00 pagi.



Selepas selesai pengauditan, satu perjumpaan bersama auditor dan kakitangan Zon Abdul Rahman bin Auf bagi mengenalpasti dapatan yang ditemui semasa sesi pengauditan dijalankan.
Di dalam perjumpaan itu, pihak auditor telah menerangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk Zon Abdul Rahman bin Auf.










Dengan itu pihak kami  menerima saranan serta teguran penambahbaikan yang diutarakan oleh pihak auditor itu dengan penuh berlapang dada. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian pihak auditor meluangkan masa untuk menjalankan pengauditan zon kami ini






Sunday 17 February 2019

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2019


Mesyuarat EKSA Zon Abdul Rahman bin Auf bil 1/2019

Encik Rahisam sedang mempengerusikan mesyuarat EKSA Zon bil 1/2019
Pada 14 Feb.2019 telah berlangsung satu mesyuarat Zon Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A sempena pengauditan Dalaman EKSA bil 1/2019 yang akan dijalankan bermula dari 17-21 Febuari 2019, mesyuarat bermula jam 10 pagi itu dipengerusikan oleh Encik Rahisam selaku Fasi Zon dan dihadiri oleh ahli-ahli Zon Aras 2 & 3 Mahkamah Syariah Terengganu bagi membincangkan perkara-perkara yang akan dilakukan sempena Audit tersebut.

Majlis Kesyukuran Dan Perpisahan Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A



Pengerusi majlis sedang memberi ucapan alu-aluan 

Satu Majlis kesyukuran dan Perpisahan Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf telah diadakan pada 30 Disember 2018 bertempat diruang legar aras 2 Mahkamah Syariah Terengganu, majlis ini diadakan bagi meraikan pertukaran Puan Nurul Ain binti Ambak dari Bahagian Sokongan Keluarga Terengganu yang akan bertukar ke Jabatan Bantuan Guaman Terengganu, majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan aras 2 & 3 serta dif-dif jemputan,

Puan Nurul Ain menerima cenderahati dari Penolong Pengarah kanan BSK Puan Rozlya bt Muin

Yang diraikan Puan Nurul Ain  diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebelum bertukar.


 
acara membelah kek 



sesi makan-makan baru bermula


Semoga dengan adanya majlis ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan dan pegawai.