Monday, 6 November 2017

PELANCARAN GO GREEN EKSA

GO-GREENmenjadi antara elemen baharu yang penting di dalam pelaksanaan EKSA. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu juga tidak ketinggalan melancarkan kempen kesedaran amalan Go-Green di kalangan pegawai dan kakitangan supaya mereka semua mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut. Suatu majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu pada 05 Mei 2015 di Aras 5 JKSTR yang mana pada majlis tersebut ikon go-green berupa pokok buluh Jepun telah diedarkan kepada semua zon sebagai gimik dan simbolik kepada pelancaran kempen amalkan Go-Green. Ayuh sama-sama menghargai alam sekitar, Jom Go-Green!





PENYERAHAN BUKU PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ZON SAYYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF. r.a


Buku panduan EKSA telah disampaikan oleh YAA KETUA HAKIM SYARIE TERENGGANI kepada Ketua Zon  Sayyidina Abdul Rahman bin Auf r.a (Aras 2 & 3)





AUDIT DALAMAN EKSA BIL 2 /2017




CARTA PERANCANGAN ZON EKSA ARAS 2 & 3 TAHUN 2017




CARTA PERANCANGAN INDUK EKSA 2017

Carta Perancangan Induk EKSA 2017


AUDIT BIL 1-2017 samb..

GAMBAR PENEMUAN & PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN EKSA
ZON SAYYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A

(ARAS 2 & 3) JKSTR


AUDIT BIL 1-2017

GAMBAR PENEMUAN & PENAMBAHBAIKAN PELAKSANAAN EKSA
ZON SAYYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF R.A

(ARAS 2 & 3) JKSTR



PELAN LANTAI ARAS 3 DAN 2



AKTIVITI ZON

Mesyuarat Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Zon Sayyidina Abdul Rahman Bin ‘Auf ra
Pada 23hb Mac  2017

di Bilik Mesyuarat Aras 2 MRSD KTRG


AKTIVITI ZON

Aktiviti Gotong Royong (EKSA)
Zon Sayyidina Abdul rahman Bin ‘Auf ra
pada 15hb Mac  2017

di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Terengganu,Terengganu


AKTIVITI ZON

Seminar Kesedaran Pencegah Kebakaran Bangunan
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
pada 9hb Mac  2017
di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu


AKTIVITI ZON


Sekitar Lawatan Kerja Bermaklumat EKSA SUK Negeri Pahang pada 19 Oktober 2016
di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu


Sunday, 21 May 2017

CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN ZON SAYYIDINA ABD RAHMAN BIN AUF r.a





MISI, VISI, POLISI DAN OBJEKTIF EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH TERENGGANU



PENGENALAN EKSA




MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1.Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.Meningkatkan imej korporat;
3.Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4.Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5.Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.

Selain daripada itu, EKSA juga memperkenalkan model penilaian dan pengauditan baharu yang merangkumi Kriteria Generik dan Kriteria Khusus dengan turut mengambil kira kepelbagaian premis agensi Kerajaan mengikut jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan. Pendekatan one-size-fits-all yang dipraktikkan sebelum ini didapati kurang memadai untuk memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan pada masa ini. Justeru, penilaian EKSA ini akan disesuaikan mengikut lokaliti agensi yang diaudit.


Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.