Saturday, 21 December 2019

SIJIL PENGIKTIRAFAN MAMPU

Pihak MAMPU Jabatan Perdana Menteri telah memberi sijil pengiktirafan kategori CEMERLANG kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu kerana telah memenuhi keperluan kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam


GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS AKTIVITI EKSA


GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS EKSA
ZON SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF 2019



GAMBAR PENEMUAN DAN PENAMBAHBAIKAN AKTIVITI EKSA


GAMBAR PENEMUAN DAN PENAMBAHBAIKAN EKSA
ZON SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF 2019




CARTA PERANCANGAN ZON SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF 2019



Wednesday, 13 November 2019

Program Tahlil

Baru-baru ini ahli zon Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a telah menerima perkhabaran yang sedih yang mana Yang Arif Tuan Haji Shamsuddin telah kembali ke Rahmatullah pada 30 oktober 2019, satu majlis tahlil telah diadakan oleh ahli zon untuk Allahyarham ..al-fatihah :(





Program muhibbah pengat durian

Satu Majlis muhibbah "pengat durian" telah diadakan pada 29 julai 2019 bertempat di aras 2 Zon Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a,

sesi membuka buah durian
kacau jangan tak kacau :P
sesi penyediaan bahan untuk masakan


sesi test rasa


" mu rasa tawar ke masin ni " haha

menu pada hari ini
"bila lah nok selesai ni"
 Diharapkan dengan adanya majlis ini akan mempertautkan ikatan muhibbah yang kukuh di antara ahli zon


Majlis Kesyukuran sempena Syawal 2019 Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A

Satu Majlis kesyukuran sempena syawal 2019 Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf telah diadakan pada 4 Julai 2019 bertempat diruang legar aras 2 Mahkamah Syariah Terengganu, majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan aras 2 & 3 serta dif-dif jemputan,



dif-dif jemputan 












Tuesday, 19 February 2019

PENGAUDITAN DALAMAN EKSA BIL .1/2019 ZON ABDUL RAHMAN BIN AUF JKSTR


Pengauditan Dalaman EKSA bil 1/2019 bagi Zon Abdul Rahman bin Auf telah dijalankan pada 19 Febuari 2019 jam 12.00 pagi.



Selepas selesai pengauditan, satu perjumpaan bersama auditor dan kakitangan Zon Abdul Rahman bin Auf bagi mengenalpasti dapatan yang ditemui semasa sesi pengauditan dijalankan.
Di dalam perjumpaan itu, pihak auditor telah menerangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk Zon Abdul Rahman bin Auf.










Dengan itu pihak kami  menerima saranan serta teguran penambahbaikan yang diutarakan oleh pihak auditor itu dengan penuh berlapang dada. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian pihak auditor meluangkan masa untuk menjalankan pengauditan zon kami ini






Sunday, 17 February 2019

AUDIT DALAMAN EKSA BIL 1/2019


Mesyuarat EKSA Zon Abdul Rahman bin Auf bil 1/2019

Encik Rahisam sedang mempengerusikan mesyuarat EKSA Zon bil 1/2019
Pada 14 Feb.2019 telah berlangsung satu mesyuarat Zon Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A sempena pengauditan Dalaman EKSA bil 1/2019 yang akan dijalankan bermula dari 17-21 Febuari 2019, mesyuarat bermula jam 10 pagi itu dipengerusikan oleh Encik Rahisam selaku Fasi Zon dan dihadiri oleh ahli-ahli Zon Aras 2 & 3 Mahkamah Syariah Terengganu bagi membincangkan perkara-perkara yang akan dilakukan sempena Audit tersebut.

Majlis Kesyukuran Dan Perpisahan Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A



Pengerusi majlis sedang memberi ucapan alu-aluan 

Satu Majlis kesyukuran dan Perpisahan Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf telah diadakan pada 30 Disember 2018 bertempat diruang legar aras 2 Mahkamah Syariah Terengganu, majlis ini diadakan bagi meraikan pertukaran Puan Nurul Ain binti Ambak dari Bahagian Sokongan Keluarga Terengganu yang akan bertukar ke Jabatan Bantuan Guaman Terengganu, majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan aras 2 & 3 serta dif-dif jemputan,

Puan Nurul Ain menerima cenderahati dari Penolong Pengarah kanan BSK Puan Rozlya bt Muin

Yang diraikan Puan Nurul Ain  diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebelum bertukar.


 
acara membelah kek 



sesi makan-makan baru bermula


Semoga dengan adanya majlis ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan dan pegawai.