MUAFAKAT-CERIA-BERKUALITI
Sunday, 22 December 2019
Saturday, 21 December 2019
SIJIL PENGIKTIRAFAN MAMPU
Pihak MAMPU Jabatan Perdana Menteri telah memberi sijil pengiktirafan kategori CEMERLANG kepada Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu kerana telah memenuhi keperluan kriteria komponen Ekosistem Kondusif Sektor Awam
Wednesday, 18 December 2019
Wednesday, 13 November 2019
Program Tahlil
Baru-baru ini ahli zon Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a telah menerima perkhabaran yang sedih yang mana Yang Arif Tuan Haji Shamsuddin telah kembali ke Rahmatullah pada 30 oktober 2019, satu majlis tahlil telah diadakan oleh ahli zon untuk Allahyarham ..al-fatihah :(
Program muhibbah pengat durian
Satu Majlis muhibbah "pengat durian" telah diadakan pada 29 julai 2019 bertempat di aras 2 Zon Saidina Abdul Rahman bin Auf r.a,
Diharapkan dengan adanya majlis ini akan mempertautkan ikatan muhibbah yang kukuh di antara ahli zon
| sesi membuka buah durian |
| kacau jangan tak kacau :P |
| sesi penyediaan bahan untuk masakan |
| sesi test rasa |
| " mu rasa tawar ke masin ni " haha |
| menu pada hari ini |
Majlis Kesyukuran sempena Syawal 2019 Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A
Tuesday, 19 February 2019
PENGAUDITAN DALAMAN EKSA BIL .1/2019 ZON ABDUL RAHMAN BIN AUF JKSTR
Pengauditan Dalaman EKSA bil 1/2019 bagi Zon Abdul Rahman bin Auf telah dijalankan pada 19 Febuari 2019 jam 12.00 pagi.
Selepas selesai pengauditan, satu perjumpaan bersama auditor dan kakitangan Zon Abdul Rahman bin Auf bagi mengenalpasti dapatan yang ditemui semasa sesi pengauditan dijalankan.Di dalam perjumpaan itu, pihak auditor telah menerangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan untuk Zon Abdul Rahman bin Auf.
Dengan itu pihak kami menerima saranan serta teguran penambahbaikan yang diutarakan oleh pihak auditor itu dengan penuh berlapang dada. Kami juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian pihak auditor meluangkan masa untuk menjalankan pengauditan zon kami ini
Sunday, 17 February 2019
Mesyuarat EKSA Zon Abdul Rahman bin Auf bil 1/2019
![]() |
| Encik Rahisam sedang mempengerusikan mesyuarat EKSA Zon bil 1/2019 |
Majlis Kesyukuran Dan Perpisahan Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf R.A
| Pengerusi majlis sedang memberi ucapan alu-aluan |
Satu Majlis kesyukuran dan Perpisahan Zon Saidina Abdul Rahman Bin Auf telah diadakan pada 30 Disember 2018 bertempat diruang legar aras 2 Mahkamah Syariah Terengganu, majlis ini diadakan bagi meraikan pertukaran Puan Nurul Ain binti Ambak dari Bahagian Sokongan Keluarga Terengganu yang akan bertukar ke Jabatan Bantuan Guaman Terengganu, majlis ini turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan aras 2 & 3 serta dif-dif jemputan,
| Puan Nurul Ain menerima cenderahati dari Penolong Pengarah kanan BSK Puan Rozlya bt Muin |
Yang diraikan Puan Nurul Ain diberi peluang untuk memberi ucapan sepatah dua kata sebelum bertukar.
| acara membelah kek |
| sesi makan-makan baru bermula |
Semoga
dengan adanya majlis ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara kakitangan
dan pegawai.
Saturday, 16 February 2019
Monday, 12 March 2018
AUDIT DALAM EKSA BIL. 2/2017
Pasukan Audit Dalaman EKSA telah melaksanakan pengauditan di ZON SAYYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF r.a (Aras 2 & 3) pada 9hb November 2017. Berikut adalah penemuan dan penambahbaikan setelah teguran Audit Dalaman EKSA JKSTR.
Monday, 6 November 2017
PELANCARAN GO GREEN EKSA
GO-GREENmenjadi antara elemen baharu yang penting di dalam pelaksanaan EKSA. Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu juga tidak ketinggalan melancarkan kempen kesedaran amalan Go-Green di kalangan pegawai dan kakitangan supaya mereka semua mendapat pendedahan yang sewajarnya berkaitan perkara tersebut. Suatu majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YAA Ketua Hakim Syarie Terengganu pada 05 Mei 2015 di Aras 5 JKSTR yang mana pada majlis tersebut ikon go-green berupa pokok buluh Jepun telah diedarkan kepada semua zon sebagai gimik dan simbolik kepada pelancaran kempen amalkan Go-Green. Ayuh sama-sama menghargai alam sekitar, Jom Go-Green!
PENYERAHAN BUKU PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI ZON SAYYIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF. r.a
Buku panduan EKSA telah disampaikan oleh YAA KETUA HAKIM SYARIE TERENGGANI kepada Ketua Zon Sayyidina Abdul Rahman bin Auf r.a (Aras 2 & 3)
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
GAMBAR SEBELUM DAN SELEPAS EKSA ZON SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF 2019
-
GAMBAR PENEMUAN DAN PENAMBAHBAIKAN EKSA ZON SAIDINA ABDUL RAHMAN BIN AUF 2019






























